Boikot McDonalds!!!!


Semakin dilupai: Dimanakah sensitiviti
umat Islam menghilang?


APABILA media elektronik dan cetak di seluruh dunia menyiarkan gambar umat Islam Gaza diganyang, dibunuh dan masjid dibom oleh tentera Zionis laknatullah, berjuta-juta umat Islam membantah, memaki dan ada yang menangis berdoa Qunut Nazilah.

Iklan boikot barangan Israel dan kuncu-kuncunya di merata-rata media dan masjid. Program membantah Israel di seluruh pelusuk negara. NGO, orang seni, orang masjid dan ahli politik membuat pelbagai program mengutip dana dan melaknat
Yahudi laknatullah.

Apabila Israel menghentikan serangan (selepas Gaza menjadi 'padang jarak padang terkukur') umat Islam yang pada mulanya umpama 'harimau', kini menyepi. Seolah-olah 'dosa' Israel telah terampun.

Barangan ejen-ejen Israel kembali mendapat tempat di hati umat Islam (yang dahulunya menangis, memaki hamun Israel).

Contohnya McDonalds, Carrefour, Starbucks dan Tesco menjadi tumpuan kembali.

Yang paling menyakitkan mata ialah stiker McDonalds berada di merata-rata cermin kereta umat Islam di Malaysia. Kalau ikutkan perasaan, mahu rasanya dibom sahaja kereta-kereta umat Islam yang mengiklankan syarikat makanan segera yang memberi sponsor terbesar kepada tentera Israel laknatullah tersebut.

Umat Islam dah lupa, semasa umat Islam Gaza diganyang, radio IKIM.FM menyiarkan kenyataan pihak Mc Donalds di Amerika Syarikat yang menyatakan McDonalds akan terus memberi sumbangan dana kepada tentera Israel di dalam kempen memerangi Hamas di Palestin.

Tetapi apa yang kita lihat ribuan kanak-kanak, wanita dan orang tua yang hancur dibom oleh tentera Israel. Masjid-masjid hancur berkecai. Siapakah yang sponsor tentera Israel tersebut?

Kalau dah terang-terang McDonalds antara penyumbang terbesar ke arah pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Gaza, Palestin. Anda adalah antara ejen yang turut mendapat saham ke atas pembunuhan umat Islam tersebut.

Dalam erti kata lain, orang yang bekerja dan makan di McDonalds adalah penyumbang kepada kempen Israel menghapus umat Islam Palestin. Tergamakkah anda memamah daging saudara anda sendiri?

Tidak terfikirkah anda, jika anda hidup di zaman Saidina Umar kepala anda pasti akan dipenggal kerana membantu musuh Islam memerangi umat Islam?

Fikir-fikirkanlah!




0 comments:

Post a Comment