Diariku

Panggilan Kaabah

Masa kecil-kecil dulu, teringat novel hebat karangan Prof. Dr. Hamka yang bertajuk Di Bawah Lindungan Kaabah. Kemudiannya difilemkan untuk tontonan ramai.

Filem yang ada kaitan permasalahan hukum Islam, yang sebenarnya ada penyelesaian.

Saya bukan nak ulas tentang novel atau filem, cuma tersentak dan sayu. Sayu apabila salah seorang sahabat yang pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah Ahad lepas, tiba-tiba teringatkan saya apabila duduk di hadapan kaabah.

Beliau yang juga sayu dan terasa kehebatan Allah s.w.t. menelefon handset saya.

Saya pelik nombor di handset , +966569025015. Sahlah nombor ni dari luar negara. Tersentak apabila suara encik Rahim yang sedang berada di hadapan kaabah call saya. Dengan suara yang sayu menanyakan khabar saya sekeluarga. Apabila lihat kaabah, dia terasa dirinya terlalu kecil. Menitis airmata apabila lihat kebesaran Allah s.w.t.

"Bila tengok kaabah. Tiba-tiba je saya teringat encik Matnoq tu yang saya call tu... kirim salam kat ahli jemaah surau kita no..."

Saya kat ofis pun turut meremang dan sayu, sebab tu semasa solat saya rasa semacam je, rupanya ada 'Panggilan Dari Kaabah'... alhamdulillah, saya pun turut terbayang wajah kaabah, juga berkongsi rasa kehebatan Allah s.w.t. Saya minta encik Rahim doakan saya dapat pergi ke Mekah secepat mungkin. Rasa Panggilan Kaabah semakin hampir.

Cerita tentang umrah dan haji ni, kadang-kadang bermain di benak fikiran, kenapa umat Islam tidak mahu bersatu mematuhi hukum Allah. Menolak hukum Allah. Tidak yakin dengan hukum Allah.

Apabila menunaikan umrah dan haji, mereka boleh bersatu mematuhi hukum Allah. Mematuhi hukum al-Quran dan sunnah semasa di Mekah. Malah mereka sanggup membayar dam (denda) seperti yang ditetapkan oleh hukum al-Quran dan Sunnah.

Apabila kembali dari Mekah mereka kembali menyokong golongan yang menolak hukum Allah. Menyokong golongan yang tak yakin keberkesanan hukum Allah. Adakah mereka ini hipokrit?

Fikir-fikirkanlah...

Next: Petua-petua kenali santau dalam minuman anda. Perbincangan dengan rakan yang berpengalaman... tunggu....

0 comments:

Post a Comment