Artis dan Rockers kembali ke jalan Allah
Alhamdulillah... kini menjadi satu trend golongan artis, termasuk rockers yang berimej ganas kembali kepada jalan Allah. Ia satu trend yang baik.
Pada 5 Jun 2009 yang lalu, saya dan anak-anak ikuti Konsert Muzikal Islam di Stadium Malawati yang disertai Ustaz Akil Hayy, Renggo Arrow, Ito Blues Gang, Muadz dan lain-lain.
Tersentuh dengan pengakuan Renggo, kesedaran bermula apabila dia menziarah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Dengan penuh hikmah Tuan Guru memberi perumpamaan yang beliau mudah faham. Antaranya, Tuan Guru mengatakan, "kalau kain koyak, jangan panggil mekanik untuk menjahitnya, panggillah Tukang Jahit".
Di situ beliau dapat memahami, bahawa segala permasalahan di muka bumi ini hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Hanya Allah s.w.t. yg dapat menyelesaikannya. Sebab itu, apabila kita keluh kesah dan ditimpa musibah hendaklah kembali kepada ajaran-Nya.
Rujuk al-Quran dan sunnah serta mengadu kepada-Nya dengan mengerjakan solat, di situ kita akan dapat ketenangan kerana kita kembali kepada landasan yang betul dan tepat.
"Sebelum ini apabila tiba waktu solat, nampak masjid saya hanya lalu sahaja. Alhamdulillah hari ini jika masuk waktu solat, saya akan singgah ke masjid terlebih dahulu untuk mengerjakan suruhan Allah s.w.t."
Inilah antara pengakuan seorang rockers yang telah kembali ke pangkal jalan. Dan saya amat tersentak dengan vokalis kumpulan rock yang nampak ganazz seperti Amy Search dan Radzi Melissa yang terkenal dengan lagu "Cinta Untuk Nabila" (gambar paling atas, sebelah Azmil Ali Setan).
Alhamdulillah, walaupun ganazz hidayah Allah s.w.t. tidak mengira sesiapa. Saidina Umar yang tanam anak pun boleh dapat hidayah. Hendon yang melapah dan makan hati Saidina Hamzah pun boleh dapat hidayah.
Kepada para pendakwah, berdakwahlah secara bijaksana dan hikmah. Tugas kita hanya berdakwah, hanya Allah s.w.t. sahaja yang beri hidayah...








0 comments:
Post a Comment