Pengisytiharan Presiden PAS, Tuan Guru DS Abd. Hadi Awang bahawa PAS menolakKerajaan Perpaduan telah menutup peluang Umno untuk mengkucar-kacirkan
Pakatan Rakyat, sekaligus menghancurkan niat Umno memperalatkan PAS
untuk memulihkan imej Umno yang semakin parah.
Talian Hayat Umno hilang
IMEJ BN dan Umno jatuh teruk selepas Pakatan Rakyat (PR) menang bergaya pada PRU-13 yang lalu. Umno menyangka kesan tsunami politik Mac 2008 adalah sementara sebagaimana PRU-9 (1990) dan PRU-11 (1999).Seperti yang kita ketahui, PRU-9 (1990) team B dalam Umno mewujudkan Semangat 46 yang diketuai oleh Ku Li yang menyebabkan Kelantan kembali ke pangkuan PAS. Gabungan PAS-S46 hanya bertahan beberapa tahun sahaja, akhirnya hancur berkecai apabila Ku Li tersungkur menyembah kembali Umno.
Pada PRU-11 (1999), perpecahan Umno berlaku lagi. Kali ini ia membabitkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula. Ia menyebabkan Terengganu pula kembali ke pangkuan PAS di samping kemenangan besar PAS di Kelantan dan di beberapa tempat yang mustahil untuk pembangkang menang.
Kemenangan PRU-11 hanya sementara apabila PRU-12 Umno bertukar pemimpin daripada Dr. Mahathir kepada Pak Lah (yang kononnya Mr. Clean dan cucu ulamak). PAS dan KeADILan (sekarang PKR) terima pukulan hebat pada PRU-12 (2004). Kegemilangan 1999 juga senasib 1990. Pada PRU-12 (2004) hasil reformasi 1999 hancur berkecai, kerana rakyat menyangkakan Pak Lah boleh membetulkan Umno dan memacu ekonomi melalui imej yang bersih. Telahan rakyat ternyata silap kerana sesiapa pun menerajui Umno ia adalah serupa. Umno sudah tidak boleh dipercayai lagi. Rasuah, penyelewengan, jatuh menjatuh, rebut jawatan, skandal dan kroni seolah-olah sudah menjadi Rukun Umno. Ini diakui oleh ahli Umno sendiri.
Pasca PRU-12 (2004) rupa-rupanya tsunami perubahan rakyat sedang bermula. Rakyat seolah-olah tersentak. Beberapa faktor menyebabkan tsunami semakin menggila:-
1) Kelemahan pentadbiran Pak Lah
2) Kenaikan harga barang, tol dan minyak
3) Kebangkitan semula Anwar Ibrahim (selepas dibebaskan)
4) Imej rasuah dan kroni Umno
5) Salah menyalah antara Dr. M dan Pak Lah mendedahkan kepincangan Umno
6) Rakyat semakin sedar melalui media alternatif (media baru)
Tsunami politik diterjemahkan pada PRU-13 (Mac 2008), lima negeri dan WPKL di Semenanjung tumbang ke tangan PR. Beberapa kerusi yang mustahil jatuh kepada pembangkang, turut tumbang di Johor, Melaka dan N. Sembilan.
Umno sangka faktor Pak Lah menjadi punca kekalahan. Pertukaran pucuk pimpinan dilakukan segera, Pak Lah dipaksa turun takhta dan Najib mengambil alih pucuk pimpinan Umno.
Kebetulan tiga Pilihanraya Kecil (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai) menanti untuk menguji kebenaran teori tersebut. Ternyata, teori Pak Lah punca rakyat menolak Umno adalah meleset. Kemenangan PR pada PRK di Semenanjung membuktikan tsunami politik masih berterusan. Rakyat masih bencikan Umno dan BN walaupun strategi 2004 dilakukan.
Umno perlu buat sesuatu untuk memulihkan pandangan rakyat terhadapnya. Kalau lewat, ia akan memberi kesan pada PRU-13. Kemungkinan pemerintahan negara di ambil alih oleh PR. Umno pasti akan dimuziumkan.
Sebab itu, idea Presiden PAS untuk Kerajaan Perpaduan umpama orang mengantuk disorong bantal. Umno memainkan isu tersebut sebagai TALIAN HAYAT dengan harapan gabungan PAS dengan Umno akan memberi kekuatan kepada Umno untuk menghadapi PRU-13.
...Nanti sambung lagi...
0 comments:
Post a Comment