Isu Kerajaan Perpaduan Tidak Beri Kesan
JIKA dilihat situasi PAS (yang akan

mempertahankan kerusi DUN Manek Urai),
sudah pasti kebanyakan penganalisis menganggap PAS berada dalam suasana yang sukar. Kononnya inilah peluang keemasan BN untuk meleburkan PAS di PRK Manek Urai dengan memainkan isu Kerajaan Perpaduan. Sekaligus nama Najib kembali harum, seharum bunga sundal malam.
Benarlah seperti kata Tuan Guru Nik Abd. Aziz, BN akan bergembira apabila melihat PAS dan PR berpecah. Tetapi saya tidak mahu ulas berkaitan PAS dan isu Kerajaan Perpaduan.
Saya ingin ulas peluang PAS di Manek Urai, isu apa yang PAS perlu mainkan untuk mengekalkan kemenangan di Manek Urai sekaligus menyumbatkan satu lagi gol untuk PR (selepas BN kalah dengan agregat 5-1).
Rakyat Kelantan tak peduli sangat dengan Kerajaan Perpaduan, sebab Melayu di Kelantan begitu kukuh. Kalau PAS dengan Umno tak bergabung pun orang Melayu tetap kuat di Kelantan. Buat masa sekarang orang Kelantan minat dengan Melayu PAS yang dilihat jujur dan bersih dari rasuah. Sesekali mereka tukar kepada Melayu Umno supaya Melayu PAS tak lalai dan leka.Sekarang, tugas PAS di Manek Urai ialah mencari calon yang hampir sama dengan Allahyarham Haji Ismail yang dianggap prihatin dengan masalah rakyat. PAS juga jangan layan isu Kerajaan Perpaduan untuk mengelakkan perpecahan dalaman.
Jika berpecah, ia akan merugikan PAS sendiri, kerana Umno dijangka meletakkan calon yang tidak disukai oleh satu puak di dalam Umno. Besar kemungkinan akan berlaku boikot memboikot sesama ahli Umno. Jika PAS pun sama, maka peluang 50-50 akan memihak kepada calon Umno yang mempunyai kelebihan jentera yang dibantu oleh jentera Kerajaan Malaysia.
Wallahua'lam...

0 comments:
Post a Comment