Santai

Tips mengenali santau

SEPERTI biasa di waktu rehat, petugas yang menunggu bahan tugasan berkumpul di cafe. Pelbagai cerita dan isu semasa jadi bualan.

Kali ni berbual cerita santai je. Sebelum ni sibuk dengan
kisah politik, kelab bola sepak dunia, filem dan isu-isu pejabat.

Bila cerita bab santau, ramai yang berminat sebab 'santau' dan 'santai' hampir-hampir sama. Hakikatnya rakyat Malaysia tak suka fikir-fikir perkara yang berat. Mereka lebih berminat kisah misteri dan pelik-pelik. Sebab tu, majalah Mastika antara majalah yang tertinggi jualannya.

Kembali kepada perbualan di cafe, seperti biasa ahli panel perbualan kami mempunyai kepakaran masing-masing. Ada yang pakar bola sepak mengalahkan Alex Ferguson. Ada yang pakar politik mengalahkan Tuan Guru Nik Aziz. Ada yang pakar buat filem mengalahkan Peter Jackson.

Salah seorang panel perbualan kami, sarat dengan pengalaman berkaitan perubatan Islam. Beliau bukan anak murid Dr. Harun Din atau Datuk Ismail Kamus, tetapi rajin mengadap guru-guru tasawuf.

Sambil menghirup kopi Radix, beliau menunjuk sesuatu ke dalam gelas... "kamu nampak tak bayang-bayang kat dalam gelas ni?" Kami pun hairan, ni topik apa pulak. Sah bro kita ni dah takde isu...

Oleh kerana kami pun takde isu, mengangguk ajelah... "nampak, nampak, ada bayang".

"Ini menunjukkan air ni takde racun santau", katanya.

Beberapa pengalaman kisah benar yang beliau hadapi, serta sedikit ilmu yang beliau pelajari. Beliau telah terselamat dari menderita terkena racun santau. Ada beberapa petua asas untuk mengenali santau di dalam minuman. Beringat sebelum kena.

1) Setiap perbuatan perlu dimulakan dengan nama Allah (Bismillah...)
2) Semasa pegang gelas, kenakan lidah ke lelangit. Jika rasa geli, its ok. Jika lelangit kebas, geruh sedang menanti anda.
3) Pegang bawah gelas. Jika ada santau, air panas bawahnya rasa sejuk dan air sejuk bawahnya panas.
4) Kemudian lihat bayang-bayang di atas pemukaan air anda. Jika nampak bayang-bayang wajah anda yang hensem. Maka, tiadalah santau. Jika sebaliknya, janganlah minum.

Semoga dengan sedikit petua di atas. Anda berjaya diselamatkan dari diuji atau dianiaya oleh golongan yang syirik kepada Allah s.w.t. Segala-galanya datang dari Allah s.w.t. Elakkan dari lalai mengingati Allah s.w.t. walau di mana jua anda berada.

Terimakasih kepada ahli panel 'mesyuarat tingkap' yang beri sedikit tips mengenali santau tersebut. Semoga ia beri manfaat. Syukran jazilan.

Next: Antara Jacko dan Fathi Yakan

0 comments:

Post a Comment