Cokelat buatan tangan yang diusahakan oleh sahabat saya,bro. Jamadi dan isteri di rumah. Ada potensi bersaing dengan
produk Non Muslim. Cokelat dibeli dari Jabatan Koko Negara.
Lawati http://mychocolate77.blogspot.com/.
Mencari yang halal itu fardhu
TERINGAT pada tahun 70-an. Ketika itu saya masih kecil lagi, hampir semua makanan tambahan dikuasai oleh syarikat kepunyaan Non Muslim.
Pada masa itu, kicap yang cukup popular ialah kicap cap Rumah Api. Hampir setiap kedai dan setiap rumah ada kicap cap Rumah Api. Bagi saya, kalau tidak ada kicap cap Rumah Api digaul dalam nasi, sudah pasti reban ayam di belakang rumah jadi 'Sure Heboh' menikmati nasi yang saya tidak makan.
Pada akhir 70-an, riuh rendah di sana sini mengatakan kicap buatan orang Cina mengandungi tulang babi yang dihancurkan. Umat Islam pada masa itu langsung tidak peduli amaran tersebut, mungkin kerana tiada bukti dan tiada produk alternatif umat Islam.
Akhir 70-an juga, lahir satu kumpulan yang dipimpin oleh Abuya Ashaari yang dikenali sebagai Al-Arqam. Alhamdulillah, Al-Arqam (peringkat awal) dikenali sebagai kumpulan dakwah, mengeluarkan produk alternatif Muslim telah membuka mata u
mat Islam.
Berbagai produk alternatif seperti kicap, sos, mi kuning, mi hon, oren dan lain-lain dikeluarkan oleh ahli kumpulan tersebut.
Rentetan kejayaan kumpulan tersebut dalam bidang ekonomi dan penerbitan, ia jadi ikutan pengusaha-pengusaha Muslim yang lain. Contohnya lahir kicap Tamin, Zaitun Industri telah mengeluarkan barangan kosmetik, di merata-rata ada mee orang Melayu, Ramly Burger dsb.
Yang terbaru, pengusaha makanan herba yang gigih iaitu Haji Ismail dari Perlis. Beliau telah melahirkan HPA. Dari pengeluar makanan herba, kini beliau telah mengeluarkan lebih 200 jenis produk berasaskan makanan dan bahan keperluan harian.Daripada ais kerim, Radix cola, kopi radix, ubat gigi, berus gigi sehinggalah RFC (Radix Fried Chicken), semuanya hasil keluaran HPA yang terjamin kehalalannya.
Sepatutnya kita rasa bersyukur dan terus membantu keluaran umat Islam. Seperti yang kita ketahui, hati yang suci dan tubuh yang bersih zahir dan bathin dibentuk oleh makanan yang suci dan halal.
Sebab itu, kadang-kadang kita begitu berat untuk beramal ibadah. Kita rasa tak melakukan maksiat dan tak menyeleweng, tetapi begitu berat nak solat berjemaah dsb. Sebenarnya kita tak tahu apa yang kita makan di gerai. Begitu juga, kita tak tahu campuran makanan yang dimasak di rumah. Kadang-kadang tulis halal di depan, isinya disediakan oleh Non Muslim. Sehingga Bak Kut Teh (makanan berasaskan babi) pun ditulis halal.
Jadi, untuk meyakinkan diri kita, carilah pengeluaran makanan yang dihasilkan oleh orang Islam sendiri.
Dari segi hukum feqah, apa yang kita tak nampak tidak dikira haram. Tetapi, dari segi tasawuf, makanan membentuk darah daging dan hati kita. Hati kita akan menjadi gelap apabila ada unsur-unsur haram menembusi pemakanan kita.
Sebab itu, ada satu ungkapan yang mengatakan: "Mencari yang halal itu fardhu bagi setiap Muslim"...
- Wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment