Ribuan peniaga ikan hadir ke Pasar Laloh, Manek Uraimembantah penghinaan pemimpin BN terhadap pekerjaan
calon PAS, Abe Uji sebagai peraih ikan.
Manek Urai: BN terdesak?
SEMASA saya menulis pandangan ini, Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai akan diadakan esok (14 Julai 2009).
Saya hanya beri pandangan dari segi laporan media kedua-dua pihak (PAS dan BN), kerana saya tak berpeluang untuk ke Manek Urai untuk melihat situasi yang sebenar. Secara asasnya, ia adalah 50-50 sejak dulu lagi. Kalau PAS menang pun tak melebihi
2,000 majoriti dan sebaliknya jika BN menang pun ia amat tipis sekali.

Bagaimanakah keadaan kali ini? Adakah momentum Mac 2008 masih memberi kesan?
Secara mata kasarnya, kelebihan kepada PAS ialah faktor Tuan Guru Nik Aziz masih mempengaruhi pengundi di Kelantan. Kelebihan kepada BN ialah faktor janji-janji pembangunan yang dibawa oleh Pusat. Memandangkan penduduk Manek Urai masih lagi hidup bergantung kepada pertanian, mereka memerlukan banyak kemudahan untuk memasarkan hasil mereka.
Jika, pembangunan dilaksanakan nescaya kerja-kerja pertanian mereka akan bertambah mudah. Ini akan meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka. Jika ini matlamat mereka. Adakah bijak pengundi memilih BN? Sedangkan semasa BN menang di Manek Urai pada tahun 2004, tidak ada apa-apa yang mereka lakukan. Kalau mereka tak memilih BN, adakah pengundi akan terus dibelenggu kemiskinan.
Malah, sesetengah pendapat jika sesuatu tempat itu kuat menyokong pembangkang. Kedua-dua pihak (Kerajaan Negeri dan Pusat) berlumba-lumba memberi pembangunan. Kalau dah sokong BN, mereka mungkin dah tak dipedulikan lagi, sebab BN akan memberi tumpuan kepada tempat yang mereka kalah.
Sebenarnya orang Kelantan berbeza dengan pengundi negeri-negeri lain. Sikap mereka sukar untuk dibaca. Dari segi isu pun cukup mudah untuk dipatahkan oleh PAS.
Mungkin kerana hari ini adalah hari akhir, TPM Muhyiddin Yassin dengan penuh terdesak mengugut penduduk Manek Urai, "jika nak jambatan yang selesa, mereka mesti undi BN, kalau tak undi BN mereka tak dapat jambatan baru"...
Ugutan ini adalah satu kenyataan memperbodohkan penduduk Manek Urai. Sedangkan mereka tahu, membina jambatan adalah tanggungjawab pemerintah. Kerana duit yang pemerintah pegang pun bukan duit mak bapak mereka, ia adalah duit rakyat.Sebelum ini BN beriya-iya berjanji tak mahu lagi mendendangkan projek Mi Segera dalam setiap PRK. Kali ini, BN seolah-olah terdesak yang amat sangat apabila menelan kahak yang mereka ludahkan.
(Gambar: Antara yang hadir pada majlis penyerahan borang kemasukan 60 ahli Umno ke PKR di Kampung Manjor yang merupakan kubu kuat BN sebelum ini)
Sebab tu dengan mudah TG Nik Aziz mengilas pandangan Muhyiddin dengan mengatakan,"kalau PAS menang pun Kerajaan Pusat tetap wajib beri pembangunan setiap negeri di Malaysia".
Dan banyak janji BN untuk membuat pembangunan (termasuk jambatan di kawasan lain) janji tinggal janji selepas BN kalah teruk dalam PRU-12 yang lalu.
Biasanya, apabila satu-satu pihak buat kenyataan yang terdesak, ia adalah petanda buruk sedang menimpa. Walaupun pihak PAS nampak tenang, kurang buat kenyataan di saat akhir. Pihak PAS perlu berhati-hati, kerana BN mempunyai kuasa menyalahgunakan jentera kerajaan.
Mereka boleh membuat sesuatu di saat-saat akhir, kerana mereka menguasai media elektronik yang masuk ke rumah-rumah setiap pengundi.
Kesimpulannya, saya yakin PAS akan terus menguasai DUN Manek Urai esok. Cuma, kita akan lihat majoritinya. Jika momentum Mac 2008 masih berterusan, mungkin majoriti di pihak PAS akan bertambah. InsyaAllah...
- Wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment