WALAUPUN PAS menang di Manek Urai (MU). Terserlah kesedihan ahli PAS yang ingin melihat MU menang besar seperti di Bukit Gantang, K. Terengganu, P. Pauh, Bukit Selambau dan Penanti. Semuanya ada hikmah tersendiri. Hikmahnya ialah ahli dan pemimpin PAS akan beringat. Memperbaiki dan bermuhasabah diri sebelum PRU-13, agar ahli dan pemimpin tidak leka dan lalai dalam zon selesa.
Sebenarnya, jika BN menang pun ia tidak memberi apa-apa kesan kepada pemerintahan PAS di Kelantan. Mungkin atas dasar ini, pengundi atas pagar beralih arah menyahut janji manis Muhyiddin untuk memberi jambatan dan pelbagai kemudahan yang menarik. Kalau saya seorang pengundi atas pagar, saya pasti akan termakan janji Muhyiddin kerana:
1) Saya lebih suka PAS dan TG Nik Aziz, oleh kerana PRK tak menjejaskan pemerintahan Tok Guru, maka apa salahnya saya korbankan PRK kali ini, demi untuk keselesaan saya dan penduduk MU seperti yang dijanjikan oleh TPM, saya pilih BN untuk kali ini sahaja.
2) Sengaja saya tidak mahu melihat PAS sentiasa di dalam keadaan selesa. Ini akan membahayakan PAS dan pemimpinnya. Mereka akan leka dan membiarkan pergolakan dalaman PAS berlanjutan sehingga PRU-13. Sekurang-kurangnya bila kalah, PAS akan bermuahasabah dan merasakan bahawa perpecahan dalaman adalah puncanya.
Saya rasa, inilah antara puncanya, undi rosak lebih banyak dari majoriti. Begitu juga, undi atas pagar banyak yang lari kepada BN. Ahli dan pemimpin PAS jangan kecewa, teruskan bermuhasabah diri.
~ Pelik... PAS menang. Umno pulak bergumbira!
ADA yang berpendapat, pengumuman awal PAS dah menang majoriti 2,000 oleh Pengarah PRK Manek Urai, Fatah menyebabkan petugas PAS berasa selesa dan tidak mempedulikan pengundi yang datang selepas pukul 3.00 petang. Ada yang berpendapat, strategi itu menyebabkan petugas BN hilang semangat dan meninggalkan barong mereka.
Tapi, kejayaan terbesar pengumuman tersebut ialah kepulangan awal TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dengar khabarnya, hilang keyakinan BN akan menang di Manek Urai. Apatah lagi, Muhyiddin melihat dengan mata kepala sendiri suasana di Manek Urai memihak kepada PAS.
~ Apa-apa pun strategi 'Santa Klaus' Muhyiddin tak menjadi di Kelantan...
Rakyat kena kelentong
KONONNYA prihatin terhadap rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Maka, Najib pun mengarahkan pemotongan 20% kpd sesiapa yg menggunakan tol melebihi 80 kali sebulan. Kalau setiap hari berulang alik kerja melalui tol pun, tak sampai 80 kali. Pergi-balik kerja 2 kali sehari, kalikan dgn 20 hari. Baru 40 kali. Jika pengguna tidak pernah bercuti dlm sebulan pun, ia hanya menjangkau 48 kali.
Yang selalu berulang alik sehingga melebihi 80 kali ialah toke-toke yang sentiasa sibuk dgn projek. Kempen ini sebenarnya adalah helah Najib utk mengkayakan pemegang konsesi tol. Ia seolah-olah menggalakkan pengguna tol berlumba-lumba nak dpt potongan 20%, maka mereka tak akan melalui jalan alternatif, mereka berulang alik melalui tol. Saya yakin anda pun tahu siapakah owner konsesi tol tersebut.
~ Toke dan Kroni didahulukan, rakyat diketepikan.
SELEPAS hadiah yang ke-11 (potongan 20% kepada pengguna tol melebihi 80 kali sebulan). Dua lagi hadiah yang menarik tema, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" oleh Najib, iaitu hadiah kenaikan tambang teksi dan kenaikan tambang bas sekolah. Semoga rakyat berasa bahagia dengan kenaikan tambang teksi dan tambang bas sekolah.
~ Mungkin hadiah ke-12 dan ke-13 tidak menarik sebab rakyat malukan Umno di Manek Urai






